Objektif


Objektif Masjid


1.    Merancang dan melaksanakan pengurusan Masjid      Nurul Iman dalam perkara-perkara berikut::
    a. Urusan Fardhu ‘Ain
    b. Urusan Fardhu Kifayah
2.    Menjadikan Masjid Nurul Iman sebagai Standard Model dalam    aspek Pengurusan dan Pengimarahan kepada Masjid-Masjid    lain di Malaysia.
3.    Mentadbir dan mengurus Masjid secara amanah, telus dan  berkesan.
4.    Mengamal, menghayati dan mempertahankan kesucian Islam  melalui Masjid.
5.    Menyemai perasaan muhibbah diantara ahli kariah  dan menyemarakkan semangat kerjasama dan gotong royong  dalam hal kebajikan.
6.    Berusaha untuk memaju pendidikan formal dan kefahaman  Agama Islam, membangun ekonomi serta meningkatkan  pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam  kalangan ahli kariah.
7.    Bekerjasama dengan Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak  swasta dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dalam  melaksanakan aktiviti agama, sosial dan kebajikan.
8.    Menjadikan Masjid sebagai pusat ibadat, ilmu, dakwah,  perpaduan, pembangunan, pengurusan dan kepimpinan.
9.    Melaksanakan arahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan  dari semasa kesemasa.