Sejarah
Ringkas Masjid Nurul Iman
Nama
asal Masjid Nurul Iman ini adalah Masjid Kariah Kampung Gebok dimana kedudukan
asalnya adalah lebih kurang 500 meter di seberang jalan dari lokasi masjid
sekarang. Dibina pada tahun 1965, yang mana pengasasnya adalah penduduk setempat,
dan didirikan diatas tapak berkeluasan 0.75 ekar yang diwakafkan oleh Hajjah
Siti binti Haji Ali.
Pembinaan
masjid ini telah diketuai oleh Dato’ Dagang Yahya bin Haji Abdullah. Masjid ini
pernah diperbaiki dan dibesarkan pada tahun 1982. Oleh kerana perkembangan
pembangunan persekitaran dan pertambahan penduduk setempat, maka masjid ini
tidak terkecuali dari terpanggil menyertai arus pembaharuan semasa.
Jesteru
itu, perancangan untuk membina bangunan baru di lokasi yang strategik telah
dikenalpasti dengan kos pembiayaan hamper setengah juta ringgit. Pada 11hb Mei
2000, tindakan pengambilan semula tanah di Lot 622 dan Lot 1210 telah
dilaksanakan.
Y.A.B
Dato’ Seri Utama Haji Muhamad bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan
bersempena dengan Majlis Penghayatan Islam Hadhari telah menyempurnakan
perletakan batu asas masjid baru pada 2hb Mac 2008.
Manakala
pada bulan Mei 2008 pula, Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana
Menteri telah mel;uluskan peruntukan sebanyak RM 3.275 juta dan peruntukan
selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Akhirnya, masjid ini telah
dibina oleh kontraktor MN Shaza Sdn Bhd, dibawah penyeliaan Jabatan Kerjaraya
Negeri Sembilan dengan perbelanjaan melebihi RM 4 juta. Masjid ini boleh
menampung seramai 600 – 1000 orang jemaah dalam satu-satu masa.
Buat
pertama kalinya, pada hari Jumaat 18hb Jun 2010 masjid ini mula menggunakan
nama “
MASJID NURUL IMAN “ Kg. Gebok, Mantin, Negeri Sembilan. Semuga ahli
kariah, muslimin dan muslimat dapat menjadikan masjid ini wadah terbaik untuk
beribadat dan menimba ilmu untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Maklumat
Masjid
1. Nama
Masjid : Masjid Nurul Iman
2. Lokasi
Tapak : Kampung Gebok
3. Luas
Tapak : 3 Ekar
4. Luas
Bangunan : 1 ½ Ekar
5. Dewan
Solat Utama (Muslimin) boleh menampung 600 orang jemaah.
6. Dewan
Solat Muslimat boleh menampung 200 orang jemaah.
7. Aktiviti
yang sedia ada:
a. Solat
Fardhu Lima Waktu
b. Solat
Jumaat
c. Pengajian
Mingguan
d. Pengajian
Bulanan
8. Fasiliti: a. Perpustakaan Al –Quran
b. Bilik Pengurusan Jenazah
c. Bilik Pejabat Ta’mir Masjid
d. Dataran
Solat Idlu Fitri / Idul Adha
e. Ruang Meletak Kenderaan
9. Jadual
Menghadapi Bulan Suci Ramadhan 1434H:
a. Solat
Sunat Tarawih
b. Tadarus
Al-Quran
c. Pengumpulan
Zakat Fitrah
d. Pembahagian
kepada mustahiq
e. Solat Idul Fitri & Majlis Kesyukuran